• Main
  • News

Mulakan Dengan Mensyukuri Apa Yang Kita Masih Ada

Mulakan Dengan Mensyukuri Apa Yang Kita Masih Ada

Mulakan dengan mensyukuri apa yang kita masih ada pagi ini. Dan jangan lupa sedekah subuh, kalau terlepas sedekah subuh, boleh buat sedekah dhuha, selagi masih dalam waktu dhuha.

Setiap sedekah yang kita buat tu, berdoalah yang baik-baik. Bila buat macam tu, rasa best sangat sedekah tau. Dah sedekah pagi ni, tak sabar nak tunggu untuk pagi esok pula, Percayalah.

Macam bagi perempuan tak mampu untuk ke masjid setiap pagi, jadi buatlah satu tabung subuh. Setiap pagi masukkan sedekah dalam tabung tu. Tak dapat banyak, seringgit pun boleh. Nilai tak penting pun, yang penting ikhlas dan konsisten buat.

Bila dah terkumpul banyak, boleh lah keluarkan dan bagi pada yang memerlukan atau pun setiap jumaat tu bagi pada suami untuk masukkan dalam tabung masjid.

Tak kisah pada sesiapa pun kita nak bagi. Tiap hari kita buat, setiap minggu, tiap bulan jumlah terkumpul tu kita boleh bagi lebih ramai orang.

Best kan macam tu. Cuba lah buat dari sekarang. Dan rasailah keberkatan rezeki kita tu datang dari hari ke hari.

Tak semestinya tunggu kaya baru nak sedekah, sedekahlah dulu, dengan sendirinya akan kaya.

Rasulullah saw bersabda:

“Ketika hamba berada di setiap pagi, ada dua malaikat yang turun dan berdoa, “Ya Allah berikanlah ganti pada orang yang suka berinfak.” Malaikat yang kedua berdoa, “Ya Allah, berikanlah kebinasaan bagi yang enggan bersedekah (memberi nafkah).” (HR. Bukhari dan Muslim)

Wow, malaikat pun doakan orang yg sedekah waktu subuh tau. Jangan lepaskan peluang ni lagi² dalam Ramadhan ni, tak banyak dah waktu berbaki.

Selamat pagi & selamat beramal ????